Duta Khas Perdana Menteri Malaysia

Duta Khas Perdana Menteri Malaysia (Inggeris: Special Envoy of the Prime Minister of Malaysia; Cina tradisional: 馬來西亞總理特使; Tamil: மலேசியாவின் பிரதமரின் சிறப்பு தூதர்) atau juga dirujuk sebagai Duta Khas Malaysia merupakan individu, kebiasaannya ahli politik, yang dilantik dengan peranan khusus bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara-negara berkaitan melibatkan kepentingan ekonomi dan persamaan kebudayaan[1].Jawatan ini berlainan dengan pelantikan Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi, kerana tidak dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, tetapi dilantik secara langsung oleh ketua kerajaan (eksekutif) negara, Perdana Menteri Malaysia[2]. Mereka kerap dilantik setaraf jawatan Menteri.[3] Duta Khas kebiasaanya mempunyai sebuah pasukan pegawai yang mempunyai empat hingga lapan orang individu, kebiasaannya merangkumi setiausaha sulit kanan, pegawai has, dua orang pembantu khas dan pegawai keselamatan pengiring[1][4][5].

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Duta Khas Perdana Menteri Malaysia https://dayakdaily.com/riot-appointed-prime-minist... https://www.deccanherald.com/content/120280/samy-v... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/07/02... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/08/14... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/08/31... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/20... https://www.malaysiakini.com/news/251122 https://www.theborneopost.com/2015/04/06/envoy-jam... https://www.theedgemarkets.com/article/ministerial...